Minggu lepas, saya telah bermimpi berjumpa ayahanda dan bonda saya. (Kedua2nya sudah meninggal dunia).
Saya bersalam dengan ayahanda, saya mencium tangannya. Ayahanda memeluk saya dan saya menangis dalam pelukan ayahanda saya. Saya menangis sungguh2 dan lepaskan semuanya tanpa cuba menahan tangisan. Ibu saya di sebelah memerhatikan kami dengan terharu hinga saya terjaga dari tidur.
Bila saya mengingati semula mimpi itu, saya pasti menangis.
Saya mahu terus membaca Al Quran setiap hari dan semoga bacaan saya itu dapat memberi kelebihan kepada kedua arwah ibu bapa saya di alam kubur.
Saya difahamkan, ada hadis yang menyebut bahawa orang yang membaca Al Quran setiap hari, kedua ayah dan ibunya yang muslim juga akan diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda.



