KUALA LUMPUR: Kerajaan mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Telekom Malaysia menyiapkan kertas kerja mengkaji semula kadar caj internet di negara ini yang agak tinggi berbanding negara jiran bagi memberi manfaat kepada lebih ramai pengguna.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, kajian itu akan memastikan kadar caj internet lebih rendah dan munasabah bagi memberi perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada pengguna, termasuk mereka yang tinggal di pedalaman.

“Kertas kerja itu akan dikemukakan kepada Kabinet pada Februari tahun depan,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin).

Ahmad ingin mengetahui sama ada kadar caj internet di negara ini boleh dikurangkan kerana negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam menyediakan kadar yang lebih rendah menerusi persaingan sihat pembekal perkhidmatan internet (ISP).

Berita Harian 15/12/2009