Mimpi awal pagi, ada ular banyak. Saya memang takut dengan ular. Dua tiga ekor ada dalam rumah.
Mimpi hampir subuh, mimpi khatan. Dua orang anak saudara yang dah besar panjang pun le ni berkhatan.
Mimpi awal pagi, ada ular banyak. Saya memang takut dengan ular. Dua tiga ekor ada dalam rumah.
Mimpi hampir subuh, mimpi khatan. Dua orang anak saudara yang dah besar panjang pun le ni berkhatan.
Ada seorang kawan pernah beritahu saya, dia mimpi giginya patah. Katanya lagi, ada orang kata, kalau mimpi gigi patah, ada saudara terdekat nak meninggal dunia.
Selang beberapa hari kemudian, ibunya meninggal dunia. Ia berlaku pada tahun awal 1990.
Wallahua’lam.
Mimpi Timbalan Presiden PAS yang baru, Mat Sabu kena sepak dengan Dr. Mahathir.
Ketika dia seronok bagi ceramah, Mahathir datang. Mat Sabu makin semangat beri ceramah. Tiba2, Mahathir naik angin dan datang ke arah Mat Sabu. Terus dia sepak Mat Sabu. Mat Sabu menangis.
He..he..he..
Lawaknya mimpi awal pagi tadi.
Mimpi nak pergi mandi kat bilik air rumah orang. Bilik airnya style dulu2, bilik air di luar rumah. Bila nak buka pintu bilik air, rupa2nya bukan bilik air tapi sangkar burung. Burung2 kat dalam tu berterbangan nak keluar. Aku cepat2 tutup balik pintu tu tapi tak sempat nak selak (kunci). Aku cepat2 lari takut tuan rumah tu sedar aku nak mandi guna bilik air rumah dia.
Lepas tu aku terjaga dari tidur.
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Telekom Malaysia menyiapkan kertas kerja mengkaji semula kadar caj internet di negara ini yang agak tinggi berbanding negara jiran bagi memberi manfaat kepada lebih ramai pengguna.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, kajian itu akan memastikan kadar caj internet lebih rendah dan munasabah bagi memberi perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada pengguna, termasuk mereka yang tinggal di pedalaman.
“Kertas kerja itu akan dikemukakan kepada Kabinet pada Februari tahun depan,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin).
Ahmad ingin mengetahui sama ada kadar caj internet di negara ini boleh dikurangkan kerana negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam menyediakan kadar yang lebih rendah menerusi persaingan sihat pembekal perkhidmatan internet (ISP).
Berita Harian 15/12/2009

|
Masih kah kau ingat sayang…
Kita pernah bertemu di sini
|
|
Satu lagi add-ons yang memudahkan kerja aku kini ialah Clipmarks.
Clipmarks bukan hanya untuk Firefox tapi juga untuk Internet Explorer. Aku tak perlu lagi copy and paste yang kadang-kadang perlu edit semula. Clipmarks membantu memudahkan aku memetik mana-mana artikel di internet dan simpan, email atau terbitkan semula dalam blog. Setakat ni, kemudahan ini sangat berguna dan membantu.